suria

Taufan Landa Hong Kong, 100 Cedera

Pasukan bomba mengalihkan pokok yang tumbang yang menghempap sebuah kereta. Pemandu kereta berkenaan bagaimanapun terselamat dalam taufan yang melanda kawasan pedalaman Taipo di Hong Kong bermula malam Isnin. Foto REUTERS

HONG KONG: Lebih daripada 100 mangsa cedera apabila taufan yang membawa angin kuat berkelajuan 140 kilometer sejam (km/j) melanda Hong Kong sejak Isnin.

Pihak berkuasa negara itu mengeluarkan amaran taufan peringkat tertinggi iaitu pada kiraan 10, seterusnya ia adalah pertama kali dicatatkan sejak 1999.

Ketika itu, Taufan Vicente melanda Hong Kong pada kelajuan 100 km/j.

Bagaimanapun, amaran peringkat ke-10 itu dikurangkan kepada lapan awal pagi tadi apabila ribut yang melanda dikesan melepasi barat dan ia semakin lemah apabila merentasi pesisir pantai selatan China. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain