suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Maut Dalam Hujan Ribut Di Beijing

BEIJING: Hujan lebat paling buruk yang melanda Beijing sejak enam dekad telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan menenggelamkan kereta dan bas, dan 10 kematian lagi dilaporkan di beberapa tempat di China.

Hujan yang bermula pada Sabtu malam itu telah menyebabkan beberapa pokok tumbang dan kereta serta bas terperangkap dan tenggelam di beberapa kawasan.

Seramai dua orang terbunuh dalam runtuhan bumbung, seorang mati disambar petir dan empat lagi terkena renjatan elektrik sewaktu mereka mahu menyelamatkan jiran-jiran di pendalaman daerah Tongzhou, kata Xinhua News Agency.

Seorang lelaki di Beijing mati apabila keretanya terperangkap dalam banjir berhampiran pusat bandar, kata akhbar Beijing News.

Di tempat lain dilaporkan enam terbunuh oleh kejadian tanah runtuh di wilayah Sichuan di barat, kata Xinhua.

Empat orang terkorban di wilayah Shanxi di utara apabila trak yang dinaiki mereka dihanyutkan oleh sungai yang mengalir deras. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain