suria

Groupon Lancar Kedai Konsep Runcit Pertama Di Singapura

SINGAPURA: Groupon Singapore pada Rabu melancarkan pembukaan rasmi kedai konsep runcit pertamanya di dunia iaitu Groupon Shop.

Strategi ini, yang tidak digunakan di mana-mana di dunia ini, dicipta bagi pengguna Groupon untuk mengalami gaya hidup dengan lebih baik melalui persekitaran interaktif yang nyata.

Dengan menjadikan Singapura sebagai tapak ujiannya bagi inisiatif baru ini, Groupon Shop telahpun menyaksikan hasil awal yang menjanjikan masa depan yang cerah.

Sekiranya berjaya, ia mungkin dilancarkan dalam pasaran-pasaran lain.

Groupon Shop baru ini bertujuan membawa secebis kemeriahan dan kesibukan Singapura ke lokasi Suntec City Mall pusatnya yang memiliki keluasan 4,400 kaki persegi.

Kedai yang berperanan lebih daripada hanya tempat untuk mengambil produk gaya hidup yang dibeli melalui laman web Groupon ini akan menyediakan iPad bagi pelanggan untuk melihat, membeli, mencetak dan menebus kupon Groupon mereka serta merta.

Ketua Pegawai Eksekutif Groupon, Karl Chong berkata pada pelancaran kedai itu di sini: "Pelanggan kami lebih suka mengambil barangan Groupon mereka dengan serta merta dan di lokasi yang lebih mudah.

"Kedai Groupon baru di Suntec City ini memberikan kelebihan ini, dan sebagai bonus, barangan terpilih kami akan diperagakan bagi pembelian serta merta, seperti juga di kedai-kedai tradisi lain."

Ketua Pegawai Operasi Adrian Tan berkata, ramai warga Singapura masih gemarkan interaksi bersemuka dan hakikat bahawa kedai dalam talian seperti Groupon juga mempunyai kedai dalam bentuk fizikal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain