suria

8 Terbunuh Serangan Bom Di Tengah Iraq

BAGHDAD: Pegawai di Iraq berkata seramai lapan orang telah terbunuh dan 45 cedera dalam siri letupan di tengah-tengah bandar tersebut.

Ahli parlimen. Mohammed al-Moussawi berkata, dua kereta meletup di pasar sayur-sayuran awal hari Selasa di bandar Syiah di Karbala, membunuh lima orang dan mencederakan 30.

Karbala terletak 90 kilometer (55 batu) dari selatan Baghdad dan sedang bersedia menyambut beribu-ribu jemaah Syiah pada hujung minggu ini.

Beberapa jam kemudian, dua bom meletup di Sunni, sebuah bandar di Taji, membunuh tiga orang dan mencederakan 15 yang lain.

Seorang anggota polis adalah antara yang mati, kata pegawai keselamatan dan kesihatan yang mengesahkan mangsa tetapi bercakap tanpa mahu dikenali kerana mereka tidak dibenarkan untuk memberikan maklumat.

Taji adalah tempat terletaknya pangkalan tentera dan 20 kilometer ke utara Baghdad.

Artikel Lain