suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

46 Lagi Banduan Di Myanmar Akan Dibebaskan

NAYPYIDAW: Seramai 46 banduan akan dibebaskan di Myanmar untuk membantu proses perdamaian kebangsaan, lapor media negara itu pada Selasa.

Menurut laporan akhbar, New Light of Myanmar, kira-kira 37 lelaki dan sembilan wanita akan dibebaskan bermula Selasa walaupun masih belum jelas sama ada terdapat tahanan politik di kalangan mereka.

Keputusan itu dibuat bagi menjamin kestabilan politik dan keamanan, perdamaian kebangsaan dan membolehkan sesiapa saja terlibat dalam proses politik.

Ia timbul selepas seorang menteri di Myanmar memberi jaminan lebih banyak pengampunan diberikan kepada penentang kerajaan yang dipenjarakan ketika siri jelajah berprofil tinggi, ketua pembangkang Aung San Suu Kyi ke Eropah bulan lalu.

Myanmar membebaskan lebih 300 tahanan politik pada Januari lalu, satu langkah yang dilihat berupaya memulihkan hubungan diplomatik di antara negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).

Kira-kira 200 lagi tahanan dibebaskan pada Oktober tahun lalu.

Artikel Lain