suria

Jerut Mati Pasangan Di Ranjang: Lelaki Dipenjara 22 Tahun

ADELAIDE (Australia): Seorang lelaki yang menjerut dua pasangannya sehingga mati ketika melakukan hubungan seks dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun bermula Rabu selepas mengaku bersalah.

David Richard Fraser, 36, dipenjara kerana membunuh Luke Noonan yang dijumpai mati terjerut dengan satu tali pinggang di atas katil pada tahun 2009.

Fraser berada di bawah jagaan parol kerana kes jenayah serupa yang dilakukannya pada tahun 2005.

Hakim Mahkamah Agung Selatan Australia, Margaret Nyland berkata, Fraser seharusnya tahu risiko melakukan seks erotik berdasarkan kesnya yang lampau.

"Hanya beberapa tahun yang lepas sahaja kamu membunuh dalam keadaan yang sama," kata Nyland.

"Kamu tahu risiko tindakan kamu itu namun kamu terus melakukannya."

Mahkamah diberitahu Fraser pernah dicabuli seorang pedofilia semasa kecil, dibuli di sekolah, mempunyai kapasiti pemikiran seperti seorang kanak-kanak 9 tahun dan melacurkan dirinya semasa masih muda hanya untuk mendapatkan minuman keras dan beberapa dolar.

Namun hakim berkata, jenayah yang dilakukannya adalah serius lalu menjatuhkan hukuman penjara itu. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain