suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Krew Stesen Angkasa Antarabangsa Tinggalkan Stesen Setelah Keselamatan Terancam

MOSCOW: Enam krew Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terpaksa meninggalkan stesen tersebut pada Selasa menggunakan kapal angkasa penyelamat Soyuz apabila mereka mengesan sampah-sarap angkasa sedang menuju ke arah mereka pada kadar yang sangat pantas.

"Sampah sarap angkasa iaitu saki baki yang ditinggalkan dari badan kapal angkasa dan juga satelit dikesan terlalu dekat dengan kapal angkasa itu bagi membolehkan para anak kapal melakukan sesuatu bagi mengalih stesen tersebut daripada sebarang malapetaka," kata seorang jurucakap Agensi Angkasa Lepas Rusia.

Setakat ini belum ada sebarang berita mengenai kedudukan stesen ISS itu dan juga anak kapal yang menaiki pesawat penyelamat Soyuz.

Sebuah kapal penyelamat Soyuz sememangnya ditempatkan di stesen berkenaan sebagai persediaan untuk sebarang ancaman keselamatan ke atas krew stesen angkasa berkenaan.

Artikel Lain