suria

Toyota Tarik Balik Semula Lebih 100,000 Model Hibrid

TOKYO: Toyota pada Rabu akan mengarahkan pemulangan semula lebih 110,000 buah model hibridnya di Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah setelah para jurutera menemui terdapatnya kecacatan pada sistem transistor di papan kawalan kuasa elektrikalnya.

Pasaran di Amerika adalah yang paling banyak terjejas akibat kecacatan itu dengan pemanggilan semula lebih 45,500 unit dari model Highlander Hybrid dan 36,700 unit Lexus RX 400h.

Toyota berkata, kenderaan yang dipanggil semula ini berkemungkinan mengalami kerosakan pada papan kawalan kuasa elektrikal akibat daripada kecacatan tersebut.

Dalam senario terburuk kereta yang mengalami masalah ini akan termati enjin secara automatik.

Secara kasar, sejumlah 3,000 unit dari model yang sama turut dipanggil semula di Kanada, kata jurucakap Toyota kepada agensi berita AFP.

Dalam pada itu 11,164 kenderaan lagi turut dipanggil semula di Jepun manakala di Eropah jumlahnya dianggarkan 15,000 unit.

Pada 2009, Toyota terpaksa membayar penalti kepada Kerajaan Amerika sehingga AS$50 juta kerana kecacatan yang hampir sama.

Manakala pada awal bulan ini Toyota turut mengarahkan pemulangan sehingga 139,000 unit kenderaan di seluruh dunia termasuk 106,000 unit generasi pertama Hibrid Prius kerana kecacatan pada sistem stering.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain