suria

300 Pelancong Solo Pertama China Tiba Di Taiwan

TAIPEI: Lebih kurang 300 pelancong individu atau solo daripada China tiba di Taiwan pada Selasa sekaligus mencatat sejarah pelancong individu yang pertam dari tanah besar yang melawat pulau itu sejak tahun 1949.

Pengembaraan dari Taiwan ke China atau sebaliknya terhenti selepas tamatnya perang saudara pada tahun 1949 dan pelancong dari tanah besar China hanya dibenarkan memasuki Taiwan dalam bentuk rombongan atau berkumpulan bagi mengelakkan mereka daripada tinggal lebih daripada tempoh yang dibenarkan.

Bagaimanapun, larangan tersebut kini telah ditarik balik dan pihak berkuasa pelancongan menjangkakan jumlah pendapatan yang boleh diperolehi menerusi pelancong individu ini adalah sekitar AS$600 juta.

Adalah dianggarkan sehingga 170,000 individu dari China akan melawat Taiwan pada tahun ini sahaja.

Tahun lalu, lebih 1.63 juta warga China berkunjung ke Taiwan tetapi dalam bentuk kumpulan atau rombongan.

Artikel Lain