suria

Dua Jet Pejuang F-16 Thailand Terhempas Ketika Latihan

BANGKOK: Dua jet pejuang F-16 Thailand terhempas ketika latihan ketenteraan di wilayah Chaiyaphum, kira-kira 350km timur laut ibu negara, pada Isnin.

"Kedua-dua jurterbang selamat," kata Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva kepada pemberita di sini, ketika mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata jet pejuang terbabit mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama 'Cobra Gold'.

Latihan tahunan dari 7 hingga 18 Februari itu membabitkan kira-kira 10,000 pegawai dan anggota tentera dari enam negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, dan Korea Selatan.

Laporan akhbar tempatan memetik jurucakap tentera udara Thai Marshal Udara Monthon Satchukorn sebagai berkata dua jet F-16 itu hilang dari radar pada pukul 10.20 pagi.

Jet itu adalah antara empat F-16 yang berlepas dari Wing 1 Nakhon Ratchasima. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain