suria

18 Cedera Dalam Letupan Bom Di Yala

BANGKOK: 18 anggota tentera dan orang awam cedera apabila bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang diletakkan dalam sebuah pikap meletup di pusat bandar Yala, Ahad.

Jurucakap polis Yala berkata tujuh daripada mereka cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Yala manakala yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Pada masa ini, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar anggota tentera dan orang awam yang cedera dalam kejadian pada pukul 9.50 pagi itu.

Siasatan awal berdasarkan kamera litar tertutup di kawasan itu menunjukkan seorang lelaki meletakkan pikapnya di pusat bandar pada kira-kira pukul 7.30 pagi dan bom itu diletupkan secara kawalan jauh apabila pasukan tentera melalui kawasan itu, katanya.

Beliau berkata letupan itu turut menyebabkan kebakaran yang memusnahkan 12 kedai kayu dengan kerugian dianggar 10 juta Baht (kira-kira RM1 juta).

Anggota bomba mengambil masa tiga jam untuk memadamkan kebakaran itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain