suria

Mubarak Serah Kuasa Kepada Naib Presiden, Namun Enggan Undur

KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak pada Khamis mengumumkan akan menyerahkan kuasanya kepada Naib Presiden, Omar Suleiman dan mengarahkan pindaan perlembagaan.

Namun perubahan kuasa itu masih mengekalkan gelarannya sebagai Presiden sehingga peralihan kuasa yang akan dilakukan pada September depan.

Ucapan itu dibuat bagi memenuhi kehendak rakyat yang mendesak beliau meletakkan jawatan.

"Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan kuasa kepada Omar mengikut apa yang terkandung dalam perlembagaan.

"Saya sedar bahaya yang sedang melanda dan ini telah memaksa kami untuk mengutamakan negara." katanya.

Bagaimanapun, ucapan itu telah menimbulkan kemarahan lebih 200,000 penduduk yang berkumpul di Dataran Tahrir pada hari ke-17 mereka berkumpul di situ dan membantah penyerahan kuasa kepada Omar.

Mengulas mengenai ucapan Hosni, Omar dalam satu temubual menyeru penunjuk perasaan yang berkumpul supaya kembali ke rumah dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Artikel Lain