suria

India & Pakistan Akan Sambung Semula Rundingan Damai

NEW DELHI: India dan Pakistan dikatakan telah bersetuju untuk meneruskan rundingan damai yang terhenti sejak insiden serangan pengganas ke atas Mumbai pada tahun 2008.

Menurut saluran berita NDTV, Khamis, keputusan itu diambil ekoran pertemuan di antara Setiausaha Luar India, Nirupama Rao dan rakan sejawatannya dari Pakistan, Salman Bashir yang dikatakan berlangsung di ibu negara Bhutan, Thimphu Ahad lalu.

Pertemuan di Bhutan, yang berlangsung ketika sidang kemuncak negara-negara Asia Selatan merupakan yang pertama melibatkan dua kepimpinan tinggi India dan Pakistan sejak Julai iaitu selepas pertemuan antara menteri luar kedua-dua buah negara di Islamabad.

Hubungan antara Pakistan dan India sentiasa berada dalam keadaan tegang - sebahagian besarnya adalah kerana tuntutan bertindih di wilayah Kashmir sejak kedua-dua buah negara berkenaan dipisahkan pada tahun 1947.

Situasi ini diburukkan lagi apabila sekumpulan pengganas yang sebahagiannya terdiri daripada rakyat Pakistan menyerang Mumbai dua tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain