suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemenang anugerah Oscar Meryl Streep Pegang Watak Margaret Thatcher Dalam "The Iron Lady"

LONDON: Pemenang anugerah Oscar, Meryl Streep mengakui yang beliau telah melalui satu proses transformasi yang dramatik untuk memegang watak sebagai bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher dalam filem biografi terbaru yang dinamakan "The Iron Lady."

Streep bukan sahaja belajar untuk menghayati watak perdana menteri wanita pertama Britain itu tetapi beliau juga telah mengubah gaya potongan rambut Thatcher yang sangat popular itu, menggunakan gincu merah delima kesukaan Thatcher serta subang mutiara.

Thatcher juga mencatat sejarah sebagai perdana menteri Britain yang paling lama berkhidmat tanpa putus pada abad yang ke-20 iaitu dari tahun 1979 hingga 1990.

"Saya bukan sahaja gementar kerana memikirkan sama ada saya mampu menjiwai wataknya tetapi saya juga sedaya upaya cuba membawa wataknya dengan penuh semangat dan tenaga sepertimana Thatcher," kata Meryl dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbit filem itu, Khamis.

Filem tersebut yang dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini, telah mengabungkan semula Meryl, 61, dengan pengarah Phyllida Lloyd yang turut mengarahkan "Mamma Mia!".

Turut membintangan filem ini ialah pelakon veteran British, Jim Broadbent yang akan memegang watak suami Thatcher, Denis.

Lain-lain pelakon yang turut membintangi filem ini ialah Richard E. Grant dan pelawak John Sessions.

Rakaman filem ini yang bermula pada hujung bulan lalu antara lain akan mengisahkan perjalanan karier Thatcher sebagai ahli politik dan perdana menteri.

Sepanjang pemerintahannya, beliau dikenali sebagai "The Iron Lady" kerana sikap tegas dan kerasnya ke atas kesatuan sekerja dan turut dikenali sebagai perdana menteri yang membawa Britain berperang dengan Argentina kerana mempertahankan kedaulatan Pulau Falkland.

Beliau kini berusia 85 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain