suria

Kos Bahan Api Punca Tambang Qantas Naik

MELBOURNE: Qantas Airways Ltd berkata kos bahan api yang meningkat menjadi punca di sebalik kenaikan harga tiket untuk perkhidmatan domestik, trans-Tasman dan serantau sehingga lima peratus mulai akhir bulan ini.

Kenaikan tambang berkenaan merupakan susulan kepada pengumuman minggu lepas bahawa surcaj bahan api bagi penerbangan antarabangsa akan melonjak hampir 50 peratus bagi sesetengah laluan.

Ketua Eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata surcaj bahan api bagi penerbangan domestik, serantau dan trans-Tasman dihapuskan awal 2009 dan "kenaikan tambang sederhana" merupakan cara terbaik untuk menangani kenaikan dalam harga bahan api jet.

"Kami telah menyerap kos bahan api yang tinggi sekian lama dan kenaikan ini merupakan respons yang wajar kepada kos ketara dan tambahan ini kepada perniagaan kami," kata Joyce dalam satu kenyataan.

Kenaikan tambang sehingga lima peratus akan berkuat kuasa mulai 25 Februari, kata Qantas. - BERNAMA

Artikel Lain