suria

Jepun, Australia sahkan kes pertama influenza H1N1

MENTERI Kesihatan dan Kebajikan Jepun, Yoichi Masuzoe ketika sidang media di kementeriannya di Tokyo bagi mengumumkan kes pertama wabak influenza A (H1N1) melibatkan tiga rakyat di negara itu --fotoAP

TOKYO: Jepun hari ini mengesahkan kes pertama wabak influenza A (H1N1) di negara itu yang melibatkan tiga rakyatnya yang baru pulang dari Kanada, walaupun penularan wabak itu kini semakin surut di seluruh dunia.

AP melaporkan, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Yoichi Masuzoe berkata, tiga individu itu dikuarantin sebaik sahaja mereka tiba di Jepun selepas pemeriksaan awal mendapati mereka positif wabak itu.

Tiga individu itu adalah guru lelaki sekolah tinggi berusia lingkungan 40an dan dua remaja lelaki yang melakukan lawatan ke Kanada.

Mereka kini diasingkan dan dirawat di hospital berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di sini, menurut seorang pegawai.

"Saya meminta orang ramai supaya bertenang," kata Masuzoe dalam satu sidang media segera yang disiarkan secara langsung semasa siaran berita negara itu.

Sementara itu, Australia turut mengesahkan kes pertama wabak itu melibatkan seorang wanita namun dia kini tidak lagi boleh menjangkitkan penyakit itu dan mempunyai tanda-tanda virus yang lemah.

Keputusan makmal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke atas wanita berusia lingkunan 20an dari New South Wales itu mendapati dia positif wabak itu, kata Menteri Kesihatan persekutuan, Nicola Roxon.

Roxon berkata, wanita itu menyedari simptom itu pada 27 April lalu ketika berada di Amerika Syarikat namun bertambah pulih sebelum pulang ke Brisbane di Queensland, Khamis lalu.

"Dia sedang pulih. Dia berada dalam keadaan baik dan tidak memberi risiko kepada sesiapa dalam masyarakat atau kepada dirinya sendiri," katanya Ketua Pegawai Kesihatan Queensland, Dr Jeannette Young.

Young berkata, wanita itu kini tinggal bersama keluarganya Brisbane sementara menunggu keputusan ujian, namun telah dibenarkan pulang ke rumahnya di New South Wales.

Artikel Lain