suria

Keputusan Pemilu Indonesia diumum menjelang Sabtu ini

JAKARTA: Komisi Pemilihan Umum (KPU) akan mengumumkan keputusan pilihan raya umum legislatif dan wilayah (Pemilu) 2009 menjelang Sabtu ini, menurut seorang ahli KPU.

Endang Sulastri berkata suruhanjaya pilihan raya itu dijangka mengumumkan calon yang berjaya pada Pemilu yang diadakan pada 9 April lepas mengikut jadual.

Beliau, yang dipetik oleh agensi berita Antara, berkata demikian ketika mengulas persoalan kemungkinan kelewatan pengumuman keputusan akhir pilihan raya itu berikutan sebilangan jumlah pengiraan semula undi di beberapa wilayah masih belum diluluskan.

Mengikut peraturan No.10/2008 Pemilu, KPU disyaratkan mengumumkan keputusan pilihan raya selewatlewatnya 30 hari selepas pilihan raya diadakan.

"Kami harap dapat menyelesaikan pengiraan undi dan mengumumkan bilangan undi dan kerusi yang dimenangi oleh parti politik.

Katanya keputusan itu akan menjadi rujukan untuk parti politik atau gabungan parti untuk mencalonkan calon presiden dan naib presiden.

Presiden dan naib presiden akan dipilih pada 20 Oktober ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain