Tabiat mengorek hidung dan makan hingus sebenarnya biasa dalam kalangan kanak-kanak. -Gambar hiasan AI
ANAK yang suka mengorek hidung dan kemudian memakan hingus mungkin boleh membuatkan ibu bapa berasa geli atau bimbang.Namun, tabiat memakan mukus nasal itu sebenarnya perkara biasa dan tidak semestinya menandakan ada masalah kesihatan yang serius. Memetik laporan Live Science, amalan mengorek hidung dan memakan hingus ini dikenali secara saintifik sebagai mukofagi.Menariknya, tabiat ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, malah turut dilakukan oleh sebahagian orang dewasa.Kajian terhadap 200 remaja di India pada 2001 mendapati hampir semua peserta ini pernah mengorek hidung, manakala sembilan orang mengaku kerap makan lendir berkenaan.Menurut ahli biologi evolusi, Anne Claire Fabre, tingkah laku unik ini juga pernah diperhati dan dicatatkan pada beberapa spesies kera serta monyet.Daripada segi kandungannya, hingus kebanyakannya terdiri daripada air, selain mengandungi sedikit protein, karbohidrat dan garam.Namun, belum ada bukti kukuh bahawa manusia mendapat manfaat kesihatan daripada memakannya.Bagi kanak-kanak, tabiat itu mungkin disebabkan rasa ingin tahu kerana mereka belajar dengan meneroka tubuh dan persekitaran sekeliling.Hidung yang gatal atau dipenuhi lendir juga boleh menyebabkan anak mengorek hidung untuk menghilangkan rasa tidak selesa. Tekstur dan rasa masin hingus pula mungkin membuatkan sesetengah kanak-kanak tertarik untuk memakannya.Dalam sesetengah kes, mengorek hidung boleh menjadi tabiat automatik atau cara untuk menenangkan diri.Ibu bapa perlu mengajar anak supaya tidak makan hingus. -Gambar hiasan AIMakan hingus tingkatkan imuniti?Setakat ini, tiada bukti kukuh bahawa tindakan makan mukus tersebut boleh meningkatkan sistem imun.Lendir hidung sebenarnya berfungsi menangkap debu, debunga, partikel dan mikroorganisma yang masuk melalui hidung sebelum dibawa ke tekak dan sistem pencernaan.Menurut seorang doktor, Matthew Badgett, terdapat bakteria dan bahan lain berada dalam hingus.Bagaimanapun, bahan ditelan bersama lendir akan melalui perut yang mempunyai keadaan sangat berasid. Keadaan itu merupakan antara pertahanan tubuh terhadap mikroorganisma yang masuk melalui makanan atau lendir.Jadi, makan hingus sekali-sekala biasanya tidak terus menyebabkan anak sakit, tetapi ia juga bukan sumber makanan berkhasiat.Ibu bapa tidak perlu panik jika sesekali si anak melakukannya, tapi sebaliknya ajar si kecil menggunakan tisu ketika membersihkan hidung dan mencuci tangan selepas itu.Perlu lebih diberi perhatian jika anak kerap mengorek hidung sehingga menyebabkan luka atau hidung berdarah, atau tabiat itu sukar dikawal hingga mengganggu aktiviti harian.Daripada memarahi anak, ibu bapa boleh membimbing mereka secara perlahan supaya menjaga kebersihan hidung dan menggantikan tabiat tersebut dengan cara lebih sihat. -Agensi