suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Rahsia kita berdua je” - Ibu bapa tolong pantau ‘rakan’ online anak, bekas ‘live screener’ dedah taktik groomer cari mangsa!

Pelbagai taktik digunakan 'groomer' untuk mendekati kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

RAMAI ibu bapa menyangka anak-anak mereka terdedah kepada bahaya media sosial apabila seseorang meminta gambar atau video tidak senonoh.

Sebenarnya ia selalu bermula dengan kaedah 'memancing' menggunakan ayat yang nampak biasa untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak.

Perkongsian seorang bekas penapis siaran langsung TikTok (live screener), Syuqairah Danisyah ini bagiamanapun mula membuka mata ramai tentang bagaimana individu tidak bertanggungjawab atau groomer mendekati mereka.

Menurutnya, tugasnya bukan menapis mesej peribadi (DM), sebaliknya mengelakkan daripada adanya ayat atau perkataan mencurigakan ketika sesi siaran langsung.

Cara untuk tapis komen dan mesej yang tidak senonoh di Instagram dikongsikan Syuqairah.

Antara ayat yang paling kerap digunakan ialah:

1. Kau matang tak macam budak lain

Bukan puji rupa, tetapi puji kematangan.

Tujuannya supaya anak berasa individu tersebut benar-benar memahami dirinya dan berbeza daripada orang lain.

2. Mak ayah kau tak faham kau kan?

Ayat ini boleh membuatkan anak mula mempersoalkan hubungan dengan ibu bapa.

Apabila kepercayaan terhadap keluarga mula terhakis, individu berkenaan pula boleh menjadi tempat anak mengadu.

3. Ni rahsia kita berdua je ya

Menurut Syuqairah, ini antara ayat paling membimbangkan.

Apabila anak sudah bersetuju untuk merahsiakan sesuatu, ia boleh disusuli dengan ajakan lain seperti, jom live, rahsia kita je.

Menurut Syuqairah, orang dewasa mungkin tidak dapat melihat apa yang berlaku di sebalik skrin. 

Namun, kesannya dapat dilihat apabila seorang kanak-kanak bersiaran langsung di bawah selimut, sebelum 40 lelaki dewasa menyertai siaran sehingga menyebabkan mangsa berasa takut tetapi tidak berani menamatkannya.

Justeru, ibu bapa disarankan supaya tidak hanya bertanya tentang siapa anak berkawan di sekolah, tetapi turut mengambil tahu tentang kenalan mereka di alam maya.

Syuqairah turut menyarankan ibu bapa supaya bertanya kepada anak-anak sekiranya mereka mempunyai 'rakan dalam talian' yang meminta merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menetapkan perkataan tertentu dalam ciri hidden words di TikTok dan Instagram sebagai langkah tambahan untuk menapis komen atau mesej mengandungi istilah mencurigakan.

Cara untuk tapis perkataan di TikTok turut dikongsikan oleh Syuqairah.

Antara ayat atau frasa yang boleh dijadikan kata kunci ialah:

1. rahsia kita

2. rahsia berdua

3. matang sangat

4. jangan bagitahu mama atau papa

5. video call private

6. padam chat ni

7. kau special

8. dekat luar je (ajak berjumpa)

9. nak tengok badan

10. gf dan bf online

11. gambar jangan pakai baju

Paling penting, anak perlu tahu tiada sesiapa berhak memaksa mereka menyimpan rahsia membuatkan mereka takut, tidak selesa atau keliru termasuk rakan yang dikenali secara dalam talian.

Jangan tunggu sehingga anak minta pertolongan kerana kadangkala, soalan ringkas daripada ibu bapa mungkin menjadi peluang pertama untuk mereka berani bercerita.

Artikel Lain