suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayam beku dibiarkan terdedah dalam singki, cara ‘defrost’ ini undang risiko penularan bakteria

Ayam beku tidak sepatutnya dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria. -Gambar hiasan AI

AYAM mentah dalam keadaan masih beku sering kali terus dikeluarkan dari peti sejuk dan diletakkan di atas singki kerana mahu segera dimasak.

Walaupun cara itu nampak mudah, membiarkan ayam mentah pada suhu bilik untuk tempoh yang lama sebenarnya boleh meningkatkan risiko pertumbuhan bakteria.

Bahagian luar ayam boleh menjadi semakin suam sedangkan bahagian tengahnya masih beku.

Keadaan itu boleh menyebabkan bakteria membiak dengan lebih cepat apabila ayam berada terlalu lama pada suhu yang tidak sesuai.

Apa yang lebih membimbangkan, ayam yang tercemar tidak semestinya berubah dari segi rupa atau bau kerana keadaan ayam masih kelihatan elok bukan jaminan ia selamat untuk dimakan.

Bagi kaedah yang lebih selamat, ayam beku boleh dipindahkan dari ruang sejuk beku ke bahagian chiller lebih awal sebelum dimasak.

Sekiranya perlu dicairkan dengan lebih cepat, gunakan air sejuk dan pastikan ayam dibungkus dengan rapat.

Kaedah menggunakan ketuhar gelombang mikro juga boleh dilakukan untuk proses defrost, namun ayam perlu terus dimasak selepas proses tersebut selesai.

Perkara yang perlu dielakkan ialah membiarkan ayam mentah berada pada suhu bilik selama berjam-jam sehingga bahagian luarnya menjadi suam.

Perkongsian Public Health Malaysia itu menjadi peringatan bahawa keselamatan makanan bukan hanya bergantung kepada cara ayam dimasak, tetapi turut bermula ketika proses mencairkannya.

Kadangkala, risiko keracunan makanan boleh bermula lebih awal sebelum ayam itu dimasukkan ke dalam kuali.

Artikel Lain