MENU ayam gepuk antara juadah yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama untuk mereka yang menggemari hidangan pedas.Namun, bagi sesetengah individu, menikmati hidangan ayam rangup, nasi panas dan sambal pedas pada waktu lewat malam mungkin menyebabkan ketidakselesaan beberapa jam kemudian. Antara kesan yang boleh berlaku ialah pedih ulu hati atau refluks asid, terutama jika terus berbaring selepas makan.Makanan pedas dan berlemak boleh mencetuskan simptom seperti rasa panas di dada, sendawa masam atau asid naik ke tekak bagi individu tertentu.Selain itu, kandungan capsaicin dalam cili juga boleh mempengaruhi sistem penghadaman.Sesetengah individu mungkin mengalami perut memulas, kembung atau rasa ingin membuang air besar selepas mengambil makanan pedas.Keadaan ini juga berpotensi mengganggu tidur apabila seseorang terpaksa terjaga pada waktu malam atau berulang-alik ke tandas.Bagaimanapun, menurut Public Health Malaysia, kesannya berbeza mengikut individu, jumlah makanan yang diambil serta tahap toleransi terhadap makanan pedas dan berlemak.Jika makan lewat malam, ambil dalam kuantiti sederhana, kurangkan sambal mengikut kesesuaian dan elakkan terus berbaring selepas makan.Kadang-kadang, bukan kerja sahaja menyebabkan tidur malam terganggu kerana sambal ayam gepuk yang dinikmati pada pukul 10 malam juga boleh menjadi puncanya.