suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sebab usia semata-mata, ini 7 punca badan cepat penat dan lemau

Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab kepada badan lemau selain daripada usia. -Gambar hiasan AI

SEMAKIN berumur, badan mungkin mula terasa berbeza berbanding dahulu.

Aktiviti yang sebelum ini boleh dilakukan tanpa banyak masalah, kini mungkin membuatkan badan lebih cepat penat, kurang bertenaga dan mudah terasa lemau.

Keadaan itu tidak semestinya berpunca daripada usia semata-mata kerana pelbagai faktor termasuklah gaya hidup, corak pemakanan, kualiti tidur, tahap aktiviti fizikal dan perubahan dalam badan juga boleh mempengaruhi tahap tenaga seseorang.

Menurut perkongsian menerusi akaun pasangan jurulatih kecergasan, Coach Ahmad dan Mizah, terdapat tujuh faktor yang biasa menyebabkan badan lebih mudah berasa letih apabila usia meningkat.

1. Jisim otot makin berkurang

Apabila jisim otot berkurangan, badan memerlukan lebih banyak tenaga untuk melakukan aktiviti harian.

2. Tidur tidak berkualiti

Walaupun tidur selama tujuh hingga lapan jam, badan mungkin tidak mendapat rehat yang mencukupi sekiranya kualiti tidur terganggu.

3. Pemakanan tidak seimbang

Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi, terutama protein, zat besi, vitamin B12 dan beberapa mikronutrien, boleh mempengaruhi tahap tenaga.

4. Kurang aktiviti fizikal

Kurang bergerak boleh menyebabkan stamina dan tahap kecergasan semakin menurun.

5. Tekanan berpanjangan

Stres yang berterusan juga boleh menyebabkan badan berasa lesu dan sukar untuk pulih dengan baik.

6. Perubahan hormon

Memasuki usia 30-an dan 40-an, perubahan hormon boleh memberi kesan terhadap tenaga, tidur dan mood.

7. Masalah kesihatan tertentu

Keadaan seperti anemia, gangguan tiroid, diabetes atau sleep apnea juga boleh menyebabkan keletihan yang berpanjangan.

Jadi, apabila badan mula terasa lebih cepat penat berbanding dahulu, jangan terus menganggap ia perkara normal kerana usia.

Sebaliknya, perhatikan semula kualiti tidur, pemakanan, pengambilan protein, aktiviti fizikal, tahap stres dan keadaan kesihatan secara keseluruhan.

Artikel Lain