suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat nak sihat tapi tersalah langkah... Ada beza kalori ikan kukus, bakar dan goreng

Kalori ikan berbeza mengikut cara penyediaannya. -Gambar hiasan AI

IKAN adalah sumber protien yang baik untuk kesihatan malah ia sesuai dijadikan sebagai makanan bagi yang sedang mengamalkan diet seimbang.

Namun cara penyediaan seperti kukus, bakar, goreng atau bersalut tepung boleh mempengaruhi kandungan kalori, lemak dan garam dalam sesuatu hidangan yang disediakan.

Justeru, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian apabila memasak menu menggunakan ikan seperti dicadangkan oleh Public Health Malaysia.

1. Ikan kukus antara pilihan lebih ringan

Ikan yang dikukus, dibuat sup atau dimasak dengan sedikit minyak biasanya tidak memerlukan banyak bahan tambahan.

Kaedah ini membolehkan rasa asal ikan dikekalkan tanpa penambahan lemak tidak baik berlebihan.

2. Ikan bakar boleh jadi pilihan baik

Ikan bakar juga boleh menjadi pilihan yang baik, terutama jika penggunaan minyak, mentega dan sos dikawal.

Bagaimanapun, cara penyediaan serta bahan yang digunakan tetap perlu diambil kira.

3. Ikan goreng lebih tinggi kalori

Apabila ikan digoreng, minyak yang digunakan dalam proses memasak boleh meningkatkan kandungan lemak dan kalori hidangan.

Jumlah minyak serta saiz hidangan juga boleh mempengaruhi nilai pemakanan keseluruhan.

4. Salutan tepung menambah kalori

Ikan yang disalut tepung selepas digoreng bukan lagi sekadar ikan.

Tepung dan minyak yang digunakan boleh meningkatkan jumlah kalori dan lemak, terutama jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.

5. Jangan lupa sos dan bahan tambahan

Sos, garam, mentega serta bahan tambahan lain turut menyumbang kepada kandungan kalori, lemak dan garam dalam hidangan.

Kadangkala, perkara kecil seperti jumlah sos yang digunakan juga boleh membuat perbezaan.

6. Tidak perlu elak ikan goreng sepenuhnya

Ini bukan bermaksud ikan goreng atau fish and chips perlu dielakkan terus.

Sebaliknya, pengambilan secara sederhana, kawalan saiz hidangan dan pemilihan kaedah memasak lebih ringkas membantu menjadikan ia hidangan seimbang.

Artikel Lain