suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guatemala negara ke-22 laporkan kes infulenza A (H1N1)

KUALA LUMPUR: Guatemala merupakan negara terbaru mengesahkan kes pertama jangkitan virus influenza A(H1N1) hari ini, menjadikan sejumlah 22 buah negara dilaporkan telah dilanda wabak tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laman webnya sehingga pukul 2 petang waktu Malaysia, melaporkan jumlah bilangan kes di seluruh dunia telah meningkat kepada 1,516 kes berbanding 1,490 kes semalam.

Bagaimanapun, jumlah kematian akibat penyakit itu masih 30 orang dengan 29 di Mexico dan satu kes kematian di Amerika Syarikat.

WHO juga melaporkan jumlah kes disahkan di Mexico ialah 822 kes dan Amerika Syarikat 403 kes manakala kes yang dilaporkan di Kanada dan Jerman turut meningkat.

Sehingga ini, WHO masih mengekalkan amaran pandemik influenza itu pada tahap lima dan tidak mengesyorkan sebarang larangan kesihatan, pengembaraan dan perdagangan atau penutupan sempadan mana-mana negara.

Ketika ini, Malaysia masih bebas daripada jangkitan wabak itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain