suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Influenza H1N1 kini meningkat 1,124 kes - WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengesahkan kes influenza H1N1 kini meningkat daripada 1,025 kepada 1,124 kes.

Pertubuhan itu turut mengesahkan, wabak itu kini telah menyebabkan 26 kematian.

Menurut WHO, sebanyak 21 negara telah melaporkan kes yang mendapat pengesahan makmal.

Setakat ini, Mexico mencatatkan 286 kes dengan 25 kematian; Kanada dengan 140 kes, Sepanyol, 54; Britain, 18; Jerman, lapan dan New Zealand dengan enam kes.

Sementara itu, Perancis dan Israel masing-masing mencatatkan empat kes, Itali dan El Salvador masing-masing dua kes, manakala Austria, China, Hong Kong, Costa Rica, Colombia, Denmark, Ireland, Belanda, Portugal, Republik Korea dan Switzerland dengan satu kes setiap negara.

Artikel Berikut

Artikel Lain