suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas PM Singapura hidapi campak

SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kanan Singapura Goh Chok Tong dimasukkan ke Hospital Besar Singapura hari ini kerana menghidap campak.

Doktor menempatkan beliau di wad berasingan akibat penyakit itu, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini. Penyakit campak disebabkan oleh virus 'varicella zoster', yang tersebar melalui udara.

Menurut kenyataan itu keadaan Goh adalah memuaskan dan beliau dijangka dibenarkan keluar daripada hospital kira-kira seminggu lagi.

Sementara itu, Singapura hari ini mengeluarkan perintah kuarantin di rumah terhadap mereka yang disyaki mempunyai hubungan dengan virus Influenza A (H1N1) sebagai langkah mencegah penularan virus itu di negara ini. BERNAMA

Artikel Lain