suria

4 cara mudah buat tabung kecemasan, tahu-tahu duit menimbun! Tip no 3 boleh jimat banyak wang

Individu yang bekerja digalakkan mempunyai tabung simpanan kecemasan. Foto: Facebook.

APABILA melangkah ke alam pekerjaan, kita sering dinasihatkan untuk mempunyai tabung simpanan kecemasan.

Ibarat kata pepatah sediakan payung sebelum hujan, tiada siapa akan tahu jika sesuatu yang buruk berlaku pada diri kita pada masa akan datang seperti kemalangan atau diberhentikan kerja.

Berikut kami kongsi empat kaedah kudah untuk membuat tabung simpanan kecemasan:

1. Simpan dulu baru belanja

Setiap kali menerima gaji, kita pasti terfikir untuk makan sedap-sedap, keluar menonton wayang dan macam-macam lagi.

Gaji yang dibelanjakan dengan boros boleh habis sekelip mata. Sebaiknya, simpan sebahagian duit gaji yang diterima terlebih dahulu.

Antaranya, anda boleh pindahkan simpanan itu ke akaun bank lain atau melabur dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Kemudian, lebihan daripada simpanan itu boleh digunakan untuk memenuhi keperluan serta kehendak anda.

2. Asing duit tunai

Ini merupakan salah satu cara mudah untuk menyimpan wang.

81382834_3234935489862783_8087970519892099072_n

Banyak cara mudah yang boleh digunakan untuk membuat simpanan wang.

Setiap kali anda mempunyai wang kertas RM5, RM10, RM20 atau RM50, asingkan ia dalam tabung atau sampul khas.

Malah, anda juga boleh mengelaskan setiap sampul itu mengikut nilai wang berbeza.

Sebagai contoh, jika anda mengasingkan duit RM10 sebanyak 10 kali dalam sebulan, dengan mudah anda sudah dapat menyimpan RM100.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit gaji asyik tak cukup, nak menyimpan jauh sekali... Ini tip mudah urus kewangan, biar lambat asal buat!

3. Jangan order air

Ini merupakan salah satu kaedah mudah yang dikongsi beberapa individu di Facebook.

Setiap kali menjamu selera di restoran atau kedai makan, anda boleh membawa air masak sendiri.

Elakkan order air manis. Dengan cara ini, anda dapat melakukan penjimatan kecil dan pada masa sama boleh mengurangkan pengambilan gula.

Contohnya air segelas RM2 dan anda makan di kedai dua kali sehari, ia bermakna anda membelanjakan RM4 sehari untuk air.

RM4 untuk 30 hari bersamaan RM120. Apabila anda membawa air minuman sendiri, ia bermakna anda berjaya menjimatkan RM120 dan ia boleh disalurkan dalam tabung simpanan kecemasan anda.

4. Kutip duit syiling

Ramai orang memandang remeh kehadiran duit syiling dan membiarkan ia terkumpul di dalam kereta, di atas meja dan sebagainya.

Anda sewajarnya menyimpan duit syiling dalam satu bekas atau tabung khas. Semakin banyak dikumpul, semakin banyak nilai yang dapat ditukar nanti.

Duit syiling ini boleh ditukar kepada wang kertas atau disimpan terus di bank dan disalurkan dalam tabung kecemasan anda,

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain