suria

Tip orang lama! Fabrik putih terkena turun warna sebenarnya mampu bersih, cuci guna limau nipis je

Kaedah mudah untuk membersihkan baju putih yang terkena lunturan warna.

KESIBUKAN jadual harian menyebabkan kita perlu mencari waktu tertentu seperti hujung minggu untuk mencuci pakaian.

Dengan masa yang terhad, kita kadang-kala akan mencampurkan semua jenis baju dalam satu cucian sehingga merosakkan warna serta kualiti fabrik.

Menerusi Facebook, seorang individu dikenali sebagai Cef Pejo berkongsi petua mudah untuk menghilangkan kesan warna tidak diingingi pada baju putih.

"Mesti ada yang pernah basuh baju warna campur sekali dengan baju putih. Lepas basuh, tengok-tengok baju warna tu turun warna, menyebabkan baju putih jadi ada kesan warna baju itu tadi.

"Ni ada tip yang tak seberapa. Senang je, panaskan air di dapur sehingga panas. Campurkan dua hingga tiga ulas limau nipis. Rendam baju yang terkena kesan calar itu. Kacau sehingga baju terjejas itu tadi kembali kepada warna asal.

baju

Fabrik putih kembali bersih selepas menggunakan petua mudah itu.

"Sekadar perkongsian yang tak seberapa. Dapat tip ini pun dari orang lama. Kalau rasa berguna boleh kongsi. Tak perlu bayar pun," tulisnya.

Selain cara ini, anda juga boleh menggunakan kombinasi soda bikarbonat, detergent dan garam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesan kuning bawah ketiak, tahi lalat dan 2 kotoran degil lain pada baju putih rupanya boleh dicuci... guna saja cara mudah ini!

Caranya, oleskan pada baju, kemudian rendam dengan air panas.

Kaedah ini juga dikatakan mampu memulihkan semula baju putih yang terkena lunturan warna daripada baju lain.

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku lagi, anda dinasihatkan agar membuat cucian berasingan untuk pakaian berwarna putih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain