suria

Kesan kuning bawah ketiak, tahi lalat dan 2 kotoran degil lain pada baju putih rupanya boleh dicuci... guna saja cara mudah ini!

Bahan yang mudah didapati seperti cuka dan baking soda boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada baju putih. Foto: Freepik

BAJU berwarna putih sememangnya cantik untuk digayakan, namun si pemakai harus berhati-hati kerana sifatnya yang mudah kotor.

Malah, ramai dalam kalangan kita menyimpan kemas baju putih di dalam almari selepas gagal menghilangkan kotoran dengan teknik cucian biasa.

Kesan kuning bawah ketiak

Antara kotoran biasa yang sering 'menghantui' pemilik baju putih adalah kesan pemakaian deodoran yang meninggalkan warna kuning menjijikkan pada kawasan bawah lengan baju.

file7pgiecd0f2q1dgh9nfeu

Bukan sekadar untuk masakan, limau juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian.

Bagi mereka yang berdepan masalah ini, anda boleh gunakan campuran baking soda dan air sahaja. Taburkan baking soda pada bahagian baju yang kotor, kemudian gosok dan bilas.

Jika mempunyai limau nipis di rumah, boleh perahkan pada bahagian ketiak baju dan biarkan seketika. Kemudian, letak sabun basuh lalu cuci seperti biasa.

Anda boleh ulangi langkah-langkah ini sehingga kesan kuning hilang.

Petik sawa

Selain itu, kesan bintik-bintik hitam yang disebut sebagai petik sawa atau tahi lalat juga sering menjadi masalah buat individu yang gemar memakai baju putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuci baju pun ada caranya... Ini 5 tip kekalkan warna pakaian supaya kelihatan baharu

Sebagai penyelesaian, anda boleh mencampurkan cuka ke dalam setengah liter air. Kemudian, rendam pakaian semalaman dalam campuran air cuka itu.

Esoknya, cuci dengan sabun dan detergent seperti biasa. Selain itu, boleh juga gosok pakaian yang terkena tahi lalat dengan air limau nipis dan garam.

baju2

Biarpun sukar dibersihkan, kesan darah yang telah kering boleh ditanggalkan dengan teknik cucian tertentu.

Baju terkena minyak

Satu lagi masalah yang sering berlaku adalah pakaian putih yang terkena kesan minyak. Hal ini sering berlaku ketika anda memasak atau menjamu selera.

Bagi mengatasinya, sapukan sedikit marjerin pada bahagian baju yang terkena tompokan minyak. Biarkan selama beberapa minit, kemudian cuci menggunakan sabun seperti biasa.

Baju terkena darah

Dalam situasi tertentu, pakaian kita juga berkemungkinan terkena kesan darah.

Anda tidak perlu risau, hanya basahkan bahagian yang terkena darah, kemudian gosokkan dengan sabun mandi di bahagian luar dan dalam fabrik itu.

Seterusnya, rendam pakaian itu di dalam air dan basuhlah seperti biasa. - Azam Shah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain