suria

Ini 3 jenis pokok ganti aircond dalam rumah... bukan hanya sejuk, bersihkan udara secara semula jadi

Pokok hiasan mampu memberi sensasi nyaman buat penghuni kediaman. Foto: Freepik.

RUANG dalam kediaman anda pastinya terlihat lebih redup dan sejuk dengan kehadiran pokok-pokok hiasan yang bersesuaian.

Selain membawa sensasi nyaman kepada penghuni, tanaman indoor juga mampu menambah seri ruang, sekali gus menjadikan kediaman anda lebih menarik.

Lidah jin

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Kasyifah Ibrahim atau Syifa, dia menggunakan pokok lidah jin sebagai pengganti kepada pendingin hawa atau aircond di dalam rumahnya.

"Rumah Syifa duduk ni dekat sangat dengan pantai. Bila dekat dengan pantai, panas dia lain macam. Tapi sebab ada banyak pokok-pokok hidup dalam rumah, buka je pintu masuk rumah, terasa sejuknya. Nyaman je.

Antara pokok hiasan yang cantik untuk diletakkan di dalam rumah. Foto: Facebook.

"Selain manfaat pokok boleh sejukkan rumah, ia juga boleh jadi penapis udara semulajadi. Jimat banyak duit kan kalau nak dibandingkan beli air purifier.

"Tapi satu je kene alert, jauhkan daripada anak-anak kecil. Takut mereka termakan. Sebab pokok-pokok ni jadi bertoksik. Ye la, ia sedut udara kotor dan beri kita udara bersih. Logik kan," kongsinya di Facebook.

Kata Syifa, pokok lidah jin di dalam rumahnya juga mampu meredakan stres dirinya sera mengusir bau busuk.

Ara beringin

Selain lidah jin, anda juga boleh menanam pokok ara beringin atau ficus benjamina.

Tanaman yang menarik ini biasanya diletakkan sebagai hiasan pada ruang-ruang tertentu di dalam rumah.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa jenis pokok yang tumbuh dengan baik di dalam rumah.

pokok2

Kehijauan pokok hiasan memberi kesegaran buat ruang dalam kediaman anda. Foto: Freepik.

Pokok getah

Pokok berdaun ini membantu mengekalkan udara yang lembap dan sejuk, memberikan sedikit kelegaan yang sangat diperlukan daripada haba bagi penghuni rumah.

Selain itu, rubber plant atau pokok getah juga mampu meningkatkan kelembapan di dalam bilik yang akan memberi kesan penyejukan.

Malah, tumbuhan ini sangat berkesan dalam menambah kelembapan udara.

Tumbuhan ini mengambil air melalui akarnya, dan kemudian mengeluarkan lembapan melalui liang-liang yang terletak di bahagian bawah daun atau pelepahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain