suria

Risau kereta menggelongsor ketika parkir di lereng bukit? Rupanya ada teknik mudah, tak perlu sendal tayar dengan batu bata

Ikuti teknik parkir yang betul untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Gambar hiasan. Foto: Youtube

KEPADATAN di sesuatu kawasan sama ada perumahan, tempat kerja atau lokasi riadah menyebabkan ada kalanya ruang parkir yang disediakan tidak mencukupi.

Justeru, sudah menjadi perkara biasa apabila kita terpaksa meletakkan kereta di tepi jalan dan sebagainya asalkan tidak mengganggu lalu lintas.

Namun pernahkah anda memarkir kereta di kawasan bercuram atau berbukit?

Tidak kiralah anda hanya mahu memarkir dalam tempoh sekejap atau lama, tetapi perlu diingat bahawa kawasan seperti ini mempunyai daya tarikan graviti kerana permukaan yang tidak landai.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal buang baju kesayangan! Rupanya ada cara nak hilangkan tahi lalat pada fabrik, mudah sangat!

Justeru, anda perlu memarkir kenderaan dengan betul bukan sahaja untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku seperti kereta menggelongsor atau sebagainya, malah untuk mengelakkan kerosakan pada kereta sendiri.

Berikut adalah cara yang betul dan selamat sekiranya perlu memarkir kenderaan di kawasan curam atau berbukit:

1. Jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit, pastikan anda meninggalkan ruang di belakang kenderaan. Ini bagi memudahkan anda untuk mengeluarkan kenderaan kemudian.

Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, anda perlu meninggalkan ruang di hadapan kereta, juga untuk memudahkan anda mengeluarkan kereta kemudian.

uphill

2. Pusingkan tayar hadapan ke arah berlawanan daripada tembok tepi jalan jika memarkir kereta menghadap ke atas bukit.

Jika memarkir kereta dalam kedudukan menuruni bukit, pusing tayar hadapan menghadap tembok tepi jalan

Cara ini menghalang kereta anda mengundur ke belakang atau maju ke hadapan jika kenderaan bergerak, di mana tembok berfungsi sebagai penghalang.

3. Selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan dan tukar gear daripada mode D kepada P bagi kereta automatik.

Bagi kereta manual, selepas tayar menyentuh tembok, tarik brek tangan. Tukar kepada gear reverse jika parkir menuruni bukit, dan tukar kepada gear 1 jika menghadap bukit.

downhill

4. Boleh tinggalkan kereta dengan selamat.

Ingat, jangan mementingkan diri parkir sesuka hati ya. Silalah parkir dengan selamat untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Malah anda tidak perlu lagi menyendal tayar kereta dengan batu bata untuk elak daripada kereta menggelongsor!

Semoga bermanfaat. - Wikihow.com/ Maskulin

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain