suria

Makan ayam gepuk ekstra pedas, ‘telan’ sambal macam air sirap... Wanita merana perut ‘tumpas’ di usia 30 tahun

Makan pedas berpada-pada bagi mengelakkan komplikasi kesihatan berkaitan perut. -Gambar hiasan AI

MAKANAN pedas sememangnya digemari ramai, namun pengambilan secara berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Di Threads, seorang wanita berkongsi kisah dirinya yang mengalami komplikasi kesihatan gara-gara gemar makan makanan pedas.

"Akhirnya perut aku 'tumpas' di usia 30 tahun. Saya seorang gadis yang makan ayam gepuk sentiasa ekstra pedas. Makan mi segera pedas dengan selamba.

"Semua makan nak ada rasa pedas, akhirnya dapat gastrik dan tak boleh makan pedas dah sekarang. Maka, anda yang 20-an tu, berpada-padalah.

"Masa muda memang rasa kebal, telan sambal macam air sirap. Tapi percayalah bila dah kena gastrik, boleh tahan azabnya," tulis wanita itu.

Gastrik boleh mengganggu aktiviti harian seseorang. -Gambar hiasan AI

Menurutnya lagi, dia kini terpaksa melupakan makanan kegemarannya demi menjaga kesihatan diri.

"Saya bukan setakat pedih perut, tapi tidur pun menangis terguling-gulong. Makan apa pun takut. Sekarang trauma nampak sambal.

"Jadi nasihat daripada bekas penggemar tegar pedas, jaga perut sebelum perut 'merajuk' nanti. 

"Paling sedih, selamat tinggal ayam gepuk ekstra pedas. Sekarang makan ayam gepuk biasa," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, beberapa lagi pelayar Threads turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka.

"Ditambah pula dengan kopi, makan pedas. Saya pun dah tumpas di usia 30.

"Setuju. Semuanya kena sederhana. Bila dah masuk 39 ke atas, banyak benda kena jaga.

"Alamak takutnya. Aku jenis suka pedas gila. Penggemar pedas sejak azali," antara komen netizen.

 

Artikel Lain