Sesetengah pelanggan boleh bertindak agresif selepas kemahuan mereka tidak dituruti. -Gambar hiasan AI
INSIDEN pekerja sebuah kedai rangkaian minuman popular yang disimbah kopi panas oleh pelanggan pada Isnin lalu kecoh menjadi bualan warga maya.Selain itu tular juga rakaman pelancong asing mencampak burger sebelum memarahi staf restoran makanan segera di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Kejadian-kejadian ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan ramai, malah membangkitkan persoalan tentang nasib dan keselamatan pekerja-pekerja bidang berkaitan.Jika anda seorang pekerja dan berdepan dengan situasi sedemikian, berikut merupakan sembilan langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri:1. Kekal tenang dan jangan melawanPekerja yang diserang perlu mengawal emosi dan terus kekal tenang.Bertindak balas atau menjerit semula hanya akan memburukkan keadaan.2. Jauhkan diri daripada pelanggan agresifLangkah ke belakang dan pastikan ada jarak selamat antara anda dan pelanggan tersebut. Keselamatan diri lebih utama.Seorang pekerja wanita meraih perhatian ramai selepas diserang pelanggan pada Isnin.3. Panggil penyelia atau pengurusSegera maklumkan kepada pengurus agar mereka boleh mengambil alih dan menenangkan keadaan.4. Hubungi polis jika situasi berbahayaJika pelanggan mula mengancam atau bertindak secara fizikal, terus hubungi pihak berkuasa. Jangan cuba lawan sendiri.5. Catat dan laporkan kejadianTulis butiran penting seperti masa, tarikh, kata-kata yang diucapkan dan siapa saksi.Maklumkan juga kepada pihak sumber manusia (HR) untuk tindakan lanjut.Satu lagi kejadian yang tular di media sosial.6. Semak rakamanMinta pengurus menyemak atau menyimpan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti jika laporan dibuat.7. Dapatkan rawatan dan sokongan emosiJika cedera, segera ke klinik. Jika tertekan atau trauma, dapatkan bantuan kaunselor atau bercakap dengan rakan sekerja yang dipercayai.8. Fahami polisi tempat kerjaKebanyakan syarikat makanan segera mempunyai dasar ‘zero tolerance’ terhadap sebarang bentuk keganasan atau gangguan. Ketahui hak anda.9. Laporkan setiap insiden walaupun kecilJangan biar perkara kecil berlalu begitu saja, laporan awal boleh membantu mengelakkan kejadian lebih serius pada masa depan.