suria

[V] 7 gejala dianggap biasa pada waktu malam mungkin petanda kanser, segera buat pemeriksaan doktor

Berpeluh ketika tidur juga boleh menjadi petanda kanser. -Gambar hiasan AI

PADA peringkat awal, kanser jarang menunjukkan tanda-tanda ketara sehingga ramai individu tidak menyedari kewujudannya.

Simptom yang kelihatan ringan atau menyerupai masalah kesihatan biasa sebenarnya boleh menjadi petanda awal kepada penyakit berbahaya ini.

Menurut pakar perubatan terkenal, Prof Datuk Dr Noordin Darus, terdapat tujuh petanda [Tonton Video] waktu malam yang menunjukkan seseorang itu berkemungkinan menghidap kanser.

Antaranya, berpeluh lencun ketika tidur serta batuk berpanjangan melebihi tiga minggu.

"Kalau dah tidur pun sampai boleh berpeluh lencun baju kamu, bukan kata peluh biasa tapi peluh yang dahsyat macam kamu baru balik lari maraton.

Dr Noordin berkongsi ilmu tentang kanser menerusi Instagram.

"Kedua, sakit yang tak lepas-lepas, kalau boleh jangan sampai ada rasa bengkak atau rasa ada biji-biji di mana-mana. Tapi yang penting sekali, tidur kamu terganggu.

"Bahkan kalau dekat leher atau bawah ketiak tu dah ada lymph node, celah kangkang tu rasa ada biji-biji, tolong jangan tunggu lama-lama (untuk dapatkan rawatan).

"Ketiga, batuk atau sesak nafas sampai tak boleh tidur, batuk tak berhenti berapa lama dah, lebih daripada tiga minggu," ujarnya menerusi perkongsian di Instagram.

Menurutnya lagi, perubahan selera makan serta rasa lebih luar biasa juga mungkin boleh menjadi petanda kanser.

"Keempat, letih yang teramat, letih daripada kebiasaan. Kemudian kencing dah mula bertukar, cepat nak kencing atau kerap lagi kencing, kadang-kadang sakit pula tu, kadang tak puas kencing, tolong check, belah malam tak boleh tidur tu.

"Lepas tu, berat badan kamu mula turun, selera dah mula turun, confirm la tu. (Antara lain) gatal-gatal kulit atau kamu ada demam yang tak berat, demam ringan, kadang tak makan ubat pun tapi rasa demam je terutama sekali belah malam," kongsinya lagi.

 

Artikel Lain