suria

Berpeluh walau sejuk salah satu daripada 7 tanda sakit jantung - “Al-Fatihah untuk suami saya”

Kematian suami pastinya menjadi detik paling menyedihkan dalam hidup seseorang wanita. -Gambar hiasan

CUACA yang panas menjadi salah satu sebab seseorang itu berpeluh ketika tidur.

Namun dalam sesetengah kes, berpeluh sebenarnya menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung.

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian selepas berkongsi cerita mengenai suaminya yang menunjukkan simptom sama sebelum akhirnya meninggal dunia.

"Suami saya tidur dalam aircond sampai sejuk beku. Kita ni tak tahan sejuk. Dia santai je sampai berpeluh walaupun dalam aircond. Kadang sampai lencun comforter.

"Rupanya tu petanda awal. Rupanya selama ni dia berpeluh waktu malam sebab sakit jantung tapi tiada tanda langsung. Kita ingat sebab panas saja.

"Kalaulah perasan awal dengan semua ni, mungkin dia masih ada dengan saya. Al-Fatihah untuk suami saya," tulis wanita itu.

Selain berpeluh pada waktu malam, berikut merupakan enam lagi tanda anda mungkin menghidap penyakit jantung.

1. Sakit dada

Menurut laman web Fakulti Sains Perubatan Universiti Pittsburgh, ini adalah simptom yang paling biasa dialami oleh lelaki dan wanita. 

Ada individu tetap berpeluh walaupun tidur dalam bilik sejuk. -Gambar hiasan AI

Kesakitan biasanya bermula di tengah dada dan boleh berlarutan selama beberapa minit. Ia juga boleh muncul dan hilang, kemudian datang semula. Rasa sakit ini terasa seperti tekanan atau sesak. Ada juga yang menggambarkannya seperti ada gajah duduk di atas dada.

 2. Pening, kepala berpusing

Rasa pening boleh berlaku jika anda berdiri terlalu cepat atau belum makan atau minum. Ia juga boleh disebabkan oleh tekanan darah rendah, yang menandakan jantung tidak dapat mengepam darah secukupnya ke seluruh badan. 

 3. Loya atau muntah

Kadangkala, individu terutamanya wanita mengalami simptom seperti gangguan penghadaman sebelum serangan jantung.

 4. Sakit rahang, leher atau belakang

Walaupun sakit pada rahang, leher atau belakang jarang menunjukkan penyakit jantung, ia boleh menjadi tanda amaran jika tiada sebab lain seperti kecederaan otot atau sendi. 

 6. Keletihan melampau tanpa sebab jelas

Ini bukan sekadar rasa penat selepas seharian bekerja. Ia adalah rasa letih yang luar biasa hingga tidak mampu melakukan aktiviti harian biasa. Keletihan melampau boleh menjadi tanda bahawa jantung bekerja lebih kuat daripada sepatutnya untuk mengekalkan aliran darah, sekali gus mengurangkan keupayaan tubuh untuk melakukan aktiviti fizikal walaupun dalam tempoh singkat.

Artikel Lain