DALAM hubungan suami isteri, klimaks merupakan saat menyeronokkan yang paling ditunggu-tunggu.
Namun dalam sesetengah kes, ada lelaki yang berdepan rasa sakit ketika mereka mencapai kemuncak syahwat.
Menurut Hello Doktor, kesakitan semasa ejakulasi adalah tidak normal dan boleh berlaku kepada mana-mana golongan lelaki.
Ia turut dikenali dengan nama dysorgasmia atau orgasmalgia.
Punca
1. Penyakit jangkitan kelamin
Penyakit jangkitan kelamin boleh menyebabkan zakar sakit semasa keluar air mani atau kencing.
Antara penyakit yang menjadi suspek utama adalah chlamydia dan trichomoniasis.
2. Batu karang atau cyst
Kebiasaannya, batu karang atau cyst akan terbentuk pada saluran ureter, pundi kencing atau buah pinggang.
Namun, ada juga lelaki yang akan mengalaminya pada saluran ejakulasi.
Ini kemudiannya akan mengakibatkan air mani tersekat dan zakar terasa sakit setiap kali ejakulasi.

Pengambilan ubat tertentu juga boleh menyebabkan kesakitan ketika ejakulasi. -Gambar hiasan
3. Prostatitis
Prostatitis bermaksud kelenjar prostat mengalami keradangan.
Ia biasa berlaku kepada golongan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas.
Ia akan menyebabkan rasa sakit ketika penderita membuang air kecil atau ketika ejakulasi.
4. Saraf
Rasa sakit ketika ejakulasi mungkin berpunca daripada masalah sistem saraf pada kemaluan lelaki.
Sebagai contoh, mereka mungkin mengalami pudendal neuropathy.
Keadaan ini berlaku apabila terdapat kerosakan pada sistem saraf pelvis.
5. Ubat
Pengambilan ubatan dari jenis antidepresan boleh mengakibatkan masalah seksual lelaki termasuk rasa sakit ketika ejakulasi.
Antara jenis ubatan tersebut adalah serotonin, tricyclics dan tetracyclics.


