suria

Mula-mula susah nak percaya, tapi ramai kaum ibu dakwa dapat bayi kulit putih bersih lepas amal minum air kelapa sejak awal kehamilan

Ramai wanita hamil minum air kelapa bagi memastikan tubuh kekal hidrasi. -Gambar hiasan AI

BAGI wanita yang baru pertama kali hamil, mereka pastinya akan berhati-hati dalam semua perkara.

Di Thread, sekumpulan wanita membicarakan topik mengenai manfaat air kelapa untuk wanita berbadan dua.

Menurut seorang individu, dia mengamalkan air kelapa bagi memastikan dirinya kekal hidrasi sepanjang kehamilan.

"Saya ada terbaca pasal mengandung, bila boleh mula minum air kelapa? Soalan serius, tak boleh ke minum masa awal kehamilan?

"Saya sejak awal mengandung dah minum, tapi bukanlah hari-hari. Tapi kerap juga. Sekarang dah mengandung 20 minggu.

"Masa awal-awal, mama saya tak bagi minum. Saya kata air kelapa bantu kekal hidrasi. Ia bagus juga untuk elektrolit. Jadi bayi pun dapat manfaat," tulis wanita itu.

Di ruangan komen, beberapa wanita berkata mereka turut mengamalkan air kelapa sejak awal fasa kehamilan.

Coconut seller cutting the coconut before serve to the customers at Batu Caves, Kuala Lumpur.— FAIHAN GHANI/The Star

Air kelapa mampu memberi kesegaran khususnya ketika cuaca panas. -Gambar hiasan

Malah, ada yang mendakwa amalan itu membantu anak mereka mendapat tona kulit yang lebih cerah.

"Ikut pada orang sis. Macam saya, mula minum pada minggu akhir first trimester. Seminggu sekali mesti minum.

"Saya minum dari awal pregnant sampai bersalin. Sebulan last tu hari-hari minum. Alhamdulillah anak-anak saya keluar je putih bersih.

"Macam saya, awal-awal dah minum air kelapa. Setakat ini okey. Anak keluar kulit bersih," tulis netizen.

Menurut Hello Doktor, sehingga kini, tiada sebarang bukti yang menunjukkan terdapatnya keburukan air kelapa untuk wanita hamil.

Malah, ia juga sama seperti air jus buah-buahan lain dan tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada kesihatan manusia.

Minum air kelapa semasa trimester pertama boleh menyelamatkan wanita daripada dehidrasi yang disebabkan oleh mabuk hamil.

Khasiat buah kelapa ini juga membantu menangani masalah pedih hulu hati dan sembelit semasa hamil.

Artikel Lain