suria

3 warna buntut ayam bezakan tahap kesegaran... Periksa juga tekstur, kesan darah sebelum beli

Warna pada buntut ayam dikatakan dapat menentukan tahap kesegarannya.

RAMAI pengguna tertipu dengan ayam yang kelihatan segar, sedangkan ia sudah diproses dan disimpan dalam tempoh lama selepas disembelih.

Menurut seorang pengguna media sosial, pembeli sebenarnya boleh menilai tahap kesegaran melalui warna pada buntut ayam.

"Jangan beli ayam kalau tidak tahu (petua) ini. Dari warna buntut ayam, kita boleh tahu beza kesegarannya.

"Buntut putih bermaksud ayam diproses selepas betul-betul mati (segar). 

"Buntut merah menandakan ayam diproses sebelum mati. Contohnya, cabut bulu sebelum ia mati.

"Buntut biru bermaksud ayam disembelih ketika sudah mati atau menjadi bangkai," tulis individu itu.

Story on chicken and eggs will no longer be controlled goods, prices to be determined by market demand. Increase in sugar tax from 40 sen to 50 sen per litre. — FAIHAN GHANI/The Star

Warna, tekstur dan bau menjadi petunjuk kesegaran ayam. -Gambar hiasan

Selain warna, pengguna juga boleh menguji tekstur ayam sebelum membuat pembelian.

Anda perlu memastikan teksturnya kenyal dan tidak melekat.

Jika melekit apabila dipegang, berkemungkinan besar ayam sudah mula bertukar busuk.

Selain itu, pastikan juga ayam tidak terlalu banyak darah.

Ayam yang banyak darah biasanya disimpan dalam cara tidak baik dan ia berisiko untuk cepat busuk.

 

Artikel Lain