suria

Encik suami jangan stres jika ‘tewas’ awal di malam pertama... Ini tip untuk pengantin baharu tempuhi hubungan kelamin

Pengantin baharu pastinya berdebar menanti malam pertama. -Gambar hiasan AI

BAGI pasangan pengantin baharu, malam pertama sering dianggap sebagai detik yang paling dinantikan selepas bergelar suami isteri.

Namun, dalam keterujaan menantikan pengalaman itu, ramai yang tidak dapat lari daripada rasa gementar dan takut. 

Harapan untuk menjadikan malam pertama ‘sempurna’ kadangkala boleh memberi tekanan sehingga suasana bertukar janggal dan tidak seperti yang dibayangkan.

Berikut kami kongsikan enam tip untuk menikmati malam pertama dengan lebih tenang dan menyeronokkan:

1. Jangan terlalu gementar

Perasaan gementar sebelum melakukan hubungan seks buat kali pertama adalah perkara biasa. 

Pelbagai persoalan mungkin bermain di fikiran pengantin, namun terlalu memikirkan hal ini boleh menjejaskan keintiman dan prestasi anda. 

Lupakan semua kerisauan dan nikmati momen bersama pasangan dengan tenang.

2. Pilih tempat dan masa yang sesuai

Untuk pengalaman pertama, pilihlah tempat yang selamat dan bebas daripada gangguan. 

Jika anda masih berada di rumah keluarga atau rumah mentua pada hari pertama berkahwin, mungkin boleh tangguh dahulu aktiviti seks.

Suami isteri perlu berkomunikasi dan menyuarakan keinginan demi keharmonian hubungan. -Gambar hiasan

Malam pertama tidak semestinya bermaksud hari pertama anda disatukan sebagai suami isteri.

Malam pertama untuk aktiviti seks sebenarnya boleh dilakukan pada hari lain juga, contohnya ketika berbulan madu atau selepas pulang ke rumah sendiri.

3. Jangan abaikan foreplay

Hubungan seks bukan sekadar persetubuhan, tetapi perjalanan menuju ke arah itu. 

Wanita biasanya menikmati sesi foreplay yang panjang sebelum seks bermula, jadi jangan terburu-buru. 

Ambil masa untuk mengenali tubuh masing-masing dan nikmati proses tersebut. 

Walaupun nafsu mungkin tinggi ketika kali pertama, berikan tumpuan juga kepada foreplay untuk mencipta pengalaman yang lebih memuaskan.

4. Seks kali pertama mungkin menyakitkan

Seks kali pertama boleh menyebabkan pengantin mengalami rasa sakit dan tidak selesa.

Salah satu punca utama rasa sakit ketika seks pertama ialah stres yang menyebabkan kekurangan pelinciran. 

Jadi, anda juga boleh menggunakan cecair pelincir untuk memudahkan penetrasi.

5. Pancutan pra-matang adalah normal

Lelaki yang melakukan seks buat kali pertama sering berasa tertekan untuk menunjukkan prestasi terbaik. 

Ini boleh menyebabkan masalah seperti ejakulasi pra-matang atau kesukaran mengekalkan ereksi. 

Jangan malu atau panik, cuba bertenang dan fokus untuk menikmati momen bersama pasangan.

6. Klimaks bukan satu pertandingan

Ramai lelaki risau jika pasangan mereka tidak mencapai klimaks. Namun, penting untuk difahami bahawa tidak semua wanita mencapai orgasme melalui penetrasi faraj. 

Ramai wanita sebenarnya lebih mudah mencapai klimaks melalui rangsangan klitoris. 

Jadi, jika pasangan anda tidak orgasme, itu tidak bermaksud dia tidak menikmati hubungan tersebut atau anda gagal. 

Ingat, klimaks bukan satu pertandingan, sebaliknya setiap pasangan mempunyai cara yang berbeza untuk menikmatinya.

Artikel Lain