suria

Anak suka korek hidung? Ini 5 risiko yang ibu bapa perlu tahu

Tabiat korek hidung yang kerap boleh mendatangkan risiko.-Gambar hiasan

ANAK yang suka mengorek hidung di depan orang ramai dianggap tidak sopan tetapi dari segi kesihatan, perbuatan ini sebenarnya merupakan aktiviti untuk mengeluarkan mukus hidung dengan bantuan jari tangan.

Amalan korek hidung dengan kekerapan biasa juga tidak berbahaya malah ia juga tidak akan menjejaskan deria menghidu anak.

Ini kerana saraf olfaktori berada jauh di dalam rongga hidung dan jari anak tidak dapat menjangkaunya ketika hidung dikorek.

Bagaimanapun, tindakan ini akan memberi kesan buruk untuk kesihatan si kecil jika ia dilakukan dengan kerap.

hidung1Ibu bapa perlu ambil tahu risiko yang mungkin berlaku jika anak dibiarkan berterusan mengorek hidung. -Gambar hiasan

Berikut disertakan bahaya atau risiko jika sering korek hidung:

1. Meningkatkan risiko jangkitan lubang hidung

Mengorek dengan jari atau kuku yang kotor boleh mendatangkan bakteria baharu ke flora normal hidung. Risiko jangkitan akan berlaku di sekitar lubang hidung.

Penyakit yang boleh timbul antara lain impetigo (bisul) dalam lubang hidung dan vestibulitis (radang di bahagian depan rongga hidung).

2. Menyebarkan bakteria atau sumber penyakit

Mukus hidung yang kering atau yang datangnya dari cecair hidung disertai bermacam jenis kuman. Tangan yang digunakan anak untuk mengorek akan menjadi media penyalur penyebaran bakteria, terutama ketika anak tidak mencuci tangan.

3. Rosak rongga hidung

Sering korek hidung menyebabkan rongga hidung anak meradang dan membengkak. Keadaan ini boleh menyebabkan berlaku penyempitan pada rongga hidung sehingga mengganggu aliran udara yang masuk melalui organ ini.

4. Hidung berdarah

Kesan buruk yang sering berlaku adalah hidung berdarah. Keadaan ini berlaku disebabkan kuku atau hujung jari bergesel secara langsung dengan dinding hidung semasa ia dikorek menyebabkan pembuluh darah pecah.

5. Rosak septum hidung

Satu lagi bahaya korek hidung untuk si kecil adalah kerosakan septum. Kondisi ini lebih jarang berlaku tetapi akan terjadi jika anak sentiasa mengorek hidungnya.

Akibat jari menggesel, mengupil atau ditolak masuk dengan kuat ke dalam hidung, septum hidung dapat mengalami kerosakan hingga berlubang. -klikdokter

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain