suria

Rawat kulat susu guna air kencing? Jangan main-main, ikuti penjelasan pegawai perubatan

Kulat susu tidak terlalu bahaya dan ada bayi pulih tanpa rawatan khusus.

IBU mana yang tidak bimbang apabila melihat tompok-tompok putih pada lidah anak seolah-olah kesan daripada minum susu.

Meskipun disental dengan kain basah, kesannya sukar hilang sehinggakan ada yang sanggup mengikut 'petua' seperti menyapu air kencing bayi itu sendiri pada lidahnya.

Awas ya para ibu! Urin merupakan bahan kumuh dalam badan yang perlu dibuang dan bukan 'ubatan' seperti yang diperkatakan segelintir masyarakat.

Menerusi perkongsian pegawai perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, tompok putih tersebut dikenali sebagai 'kulat susu' atau dalam bahasa saintifiknya, candida albicans.

Walaupun ia dipanggil kulat susu namun puncanya bukanlah disebabkan oleh susu yang diminum bayi sebaliknya ia merujuk kepada warna dan rupa yang berwarna putih itu.

"Biasanya jangkitan kulat ini kelihatan tompok-tompok putih seperti susu basi di permukaan gusi, lidah dan bahagian dalam pipi. Apabila cuba dibersih menggunakan kain, ia sukar ditanggalkan.

"Candida albicans adalah sejenis kulat yang memang ada pada permukaan kulit dan mulut manusia tetapi dalam keadaan tertentu, ia akan menjadi banyak serta menyebabkan jangkitan," ujarnya.

Kulat susu juga berkemungkinan dijangkiti semasa proses bersalin.

Kulat susu juga berkemungkinan dijangkiti semasa proses bersalin.

Bagaimanapun, ujar Dr Kamarul, jangkitan kulat itu tidaklah terlalu bahaya dan ada di kalangan bayi pulih tanpa apa-apa rawatan khusus.

Pun begitu, jika bayi mula berasa tidak selesa serta kurang minum susu dan mengalami demam panas, para ibu dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera.

"Doktor akan memberi ubat antikulat untuk dititiskan dalam mulut bayi sebanyak empat kali sehari. Seeloknya selepas titis, elakkan beri susu atau makan selama 10 minit supaya ubat tadi dapat merata di dalam muut.

ARTIKEL BERKAITAN: Puting berasa gatal? 6 sebab ini boleh jadi puncanya

"Jika doktor berpendapat bahawa jangkitan itu berlaku daripada ibu kepada bayi atau daripada bayi kepada ibu semasa penyusuan, doktor akan beri krim antikulat untuk disapu pada puting si ibu," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsikan beberapa faktor terjadinya jangkitan kulat serta cara mencegahnya:

Ia tidak dapat dicuci dengan kain basah semata-mata.

Ia tidak dapat dicuci dengan kain basah semata-mata.

1 - Semasa hamil, ibu ada jangkitan candida albicans di faraj dan tidak menjalani apa-apa rawatan berkaitan. Jadi, ketika proses bersalin, kulat tersebut boleh menjangkiti bayi.

2 - Kulat daripada objek lain seperti puting si ibu, puting susu, botol susu, mainan, kain dan lain-lain boleh menjangkiti bayi. Ini kerana, bayi mahupun kanak-kanak gemar memasukan objek ke dalam mulut.

3 - Pada manusia ada bakteria dan kulat. Bakteria halang kulat membiak dan begitu sebaliknya. Kalau bayi ambil antibiotik berpanjangan, bakteria akan mati maka kulat ini akan membiat tanpa 'kawalan'.

4 - Kanak-kanak yang gunakan ubat steroid sedutan berpanjangan juga meninggikan risiko berlaku jangkitan kulat. Contohnya pada kanak-kanak yang ada asma dan perlu steroid sedutan.

5 - Jika jangkitan semasa hamil, para ibu bapa dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera.

6 - Seeloknya sterilkan puting dan botol susu anak sekerapnya di samping mencuci kain serta mainan anak dengan bersih.

7 - Jika anak perlu ambil antibiotik berpanjangan, tanya doktor sama ada andi perlu ambil probiotik juga.

8 - Jaga kebersihan diri termasuk penjagaan puting dan payudara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain