suria

Purata jangka hayat orang Malaysia makin menurun... Umur rakyat Kedah pula paling singkat

Purata jangka hayat rakyat Malaysia menurun pada tahun 2022.

PURATA jangka hayat rakyat Malaysia semasa kelahiran menurun daripada 74.4 tahun pada 2012 kepada 73.4 tahun pada 2022 berikutan peningkatan jumlah kematian semasa pandemik Covid-19.

Dalam kalangan negara Asean, Malaysia kini mempunyai jangka hayat penduduk lebih rendah berbanding Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Jabatan Perangkaan berkata pengurangan jangka hayat didapati berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita bagi kedua-dua rakyat Malaysia dan bukan warganegara Malaysia di negara ini.

Berdasarkan graf, ia merupakan penurunan jangka hayat terbesar dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, wanita masih diunjurkan untuk hidup lebih lama berbanding lelaki sebanyak 4.5 tahun pada 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir separuh kes kanser dunia mungkin boleh dicegah dengan meninggalkan 2 tabiat - Kajian

Bagi rakyat Malaysia, jangka hayat bagi lelaki turun daripada 71.7 tahun pada 2012 kepada 70.8 tahun pada 2022, dan bagi wanita, daripada 76.8 tahun kepada 75.6 tahun.

Bagi bukan warganegara Malaysia, jangka hayat menurun daripada 77.2 kepada 76.4 tahun bagi lelaki, manakala peningkatan sedikit dicatatkan bagi wanita, daripada 77.1 tahun kepada 77.8 tahun.

Penurunan jangka hayat pada tahun 2022 juga berlaku bagi mereka yang berumur 15, 60 dan 65 tahun.

Kumpulan etnik Cina mempunyai jangka hayat tertinggi semasa kelahiran dengan lelaki pada 73.5 tahun dan wanita, 79.4 tahun.

Daripada semua negeri, Selangor mempunyai jangka hayat tertinggi bagi tempoh antara 2020 hingga tahun ini.

Terengganu mencatatkan terendah untuk 2020 dan 2021, manakala Kedah paling rendah untuk tahun ini. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain