suria

Bahaya trend sampah! Prank kurung anak, takutkan dengan audio pontianak mengilai tinggalkan parut emosi buat si kecil

Trend 'menakutkan' anak-anak yang menjadi ikutan di TikTok, baru-baru ini.

JIKA ditelusuri perkongsian video di TikTok, ramai yang teruja turut menyahut pelbagai cabaran yang menjadi 'trending' dari semasa ke semasa.

Terbaharu, ramai yang berkongsi video melakukan 'prank' terhadap anak kecil masing-masing dengan meninggalkan mereka terkunci di dalam bilik yang dipasang audio dikatakan seperti pontianak mengilai.

Rakaman video turut dibuat untuk melihat reaksi si kecil dengan rata-ratanya menangis ketakutan malah berkali-kali cuba memulas tombol pintu kerana mahu keluar dari bilik.

Apa yang menyedihkan, video-video ini dianggap melucukan dengan ramai netizen menjadikannya sebagai bahan ketawa.

Ia ini turut mendapat ulasan daripada laman advokasi kesihatan, Public Health Malaysia (PHM) yang menyelar trend yang dianggap 'sampah' tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindrom janin ‘ikan duyung’, doktor minta usah kaitkan dengan kenan... “Ini kepercayaan khurafat, tahyul dan syirik”

"Ada yang ketakutan sehingga memanjat tombol pintu. Ada yang menangis berteriakan menutup telinga dan wajah. Memang trauma!

"Segalanya dilakukan demi secebis perhatian di media sosial dengan harapan video mendapat FYP dan masuk beranda, beberapa like dan follower baru.

anak

Anak adalah amanah Allah yang patut dilindungi, bukan dipermainkan. Gambar hiasan

"Tuan puan, ibu bapa merupakan individu yang paling dipercayai, paling rapat dan paling penting untuk dunia kanak kanak, apabila kepercayaan ini terhakis dan luntur akibat tindakan prank sebegini, ia akan memberi kesan dari segi personaliti dan emosi anak anak.

"Tolong hentikan trend ini, ia ternyata tidak berbaloi dengan parut emosi yang ditinggalkan," kongsi PHM di laman Facebook.

Menurut PHM lagi, prank sedemikian akan memberi kesan jangka panjang di mana anak-anak cenderung menjadi:

1)Penakut

2)Terlalu sensitif

3)Pemarah

4)Pendendam

"Anak adalah anugerah, bukan bahan untuk dipermainkan untuk hiburan," tulis laman tersebut.

Sehingga kini perkongsian PHM di Facebook meraih sehingga 9,800 share dan dibanjiri ribuan komen netizen yang rata-ratanya menyelar perbuatan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain