suria

Viral di TikTok konon Coke mampu legakan batuk, ini jawab doktor!

Viral di TikTok kononnya minuman Coke boleh melegakan batuk.

KETIKA cuaca agak tidak menentu kebelakangan ini, ramai yang mudah mendapat batuk.

Masalah ini sememangnya akan berterusan sehingga berhari-hari lamanya sekiranya tidak dirawat.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok di mana beberapa pelayar media sosial berkongsi 'penawar rahsia' yang kononnya dapat mengubati batuk, iaitu air Coca Cola atau Coke.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, beberapa indiviu mendakwa air berkarbonat tersebut 'mujarab' untuk mengubati batuk.

batuk 2

Dr Muhamad Hazwan mengulas mengenai kaitan batuk dengan air Coke.

Namun sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut? Video berkenaan mendapat perhatian seorang pengamal perubatan, Dr Muhamad Hazwan Nazri yang tampil mengulas lebih lanjut dari segi perubatan mengenai masalah batuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat buat ‘medical review’, ajar jangan meneran elak buasir... Ini ulasan doktor, siap cerita ada 7 jenis najis

"Betul ke minum Coke bagus untuk batuk? Kalaulah Coke ni bagus untuk batuk, aku rasa Cristiano Ronaldo pun tak tolak lepas ini.

"Ramai yang tag aku dan tanya, betul ke Coke ini bagus untuk batuk?" kongsinya dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok.

Mengulas panjang lebar, Dr Muhamad Hazwan terdahulu menerangkan beberapa punca mengapa batuk boleh terjadi.

"Batuk ini adalah salah satu refleks spontan yang tak boleh dikawal. Walaupun ia refleks spontan, ia mesti ada sebab.

"Salah satu sebabnya, salur pernafasan kita dijangkiti virus. Kedua, apabila dijangkiti virus, tisu dan otot di saluran pernafasan akan bengkak dan ini juga boleh menyebabkan batuk.

batuk 3

Individu merokok juga cenderung mendapat masalah batuk.

"Tonsil bengkak pun boleh menyebabkan batuk. Banyak kahak di belakang anak tekak juga punca terjadinya batuk. Orang yang ada asma, kuat merokok, paru-paru rosak juga boleh menyebabkan batuk," kongsinya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kaitan Coke sebagai penyelesaian kepada masalah batuk, Dr Muhamad Hazwan berkata sehingga kini belum ada kajian saintifik membuktikan minuman tersebut mampu melegakan batuk

"Macam mana minum Coke boleh menyelesaikan masalah batuk daripada punca-punca tadi? Fikir logik.

"Aku belum jumpa lagi kajian saintifik mengenai Coke dengan batuk. Dan aku rasa, saintis pun fikir benda ini buang masa kalau spend berbilion wang bagi mengetahui kebaikan Coke untuk batuk.

"Kalau betul sekalipun Coke dapat kurangkan batuk dan gatal tekak, itu mungkin kamu cuma ada Faringitis iaitu anak tekak merah dan bengkak sedikit.

"Jadi bila anda minum benda yang sejuk, ia dapat redakan keradangan dan kemerahan, serta kurangkan batuk sikit. Tak ada kaitan dengan Coke," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain