suria

Jom kenal apa itu glamping... sekali try mesti nak cuba lagi

Boulder Valley, Pulau Pinang antara tapak glamping yang popular di negara ini.

SEBUT sahaja pasal glamping pasti ada antara kita yang tertanya-tanya mengenainya.

Glamping pada hari ini menjadi antara trend percutian dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan.

Jom baca asal usul glamping dan apa yang menariknya mengenai trend percutian ini!

Tahun Melawat Malaysia 2020.

Apa itu glamping?

Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour’ dan camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan. Ia juga dikenali sebagai aktiviti percutian berkonsepkan ala perkhemahan.

Tanah Aina Fahad menawarkan pengalaman glamping yang unik dan menenangkan.

Asal usul

Ia diperkenalkan pada abad ke-16 apabila Earl of Atholl dari Scotland menyediakan pengalaman percutian mewah di Highlands untuk melawat Raja James V dan ibunya.

Lokasi glamping menarik di Malaysia

Gopeng Clamping Park (Perak) , Cabana Retreat (Sabah) dan Boulder Valley Clamping (Pulau Pinang) antara tapak glamping menarik di negara ini.

Cabana Retreat, Sabah antara lokasi glamping yang pastinya memukau pandangan.

Malah di Lost World of Tambun (Perak), anda juga berpeluang tidur sambil menyaksikan bintang di langit dengan penuh bergaya.

Di Tanah Aina Fahad yang terletak di Pahang, pengunjung boleh menikmati makan malam sambil mendengar bunyi desiran air sungai yang menenangkan.

Pemandangan memukau dari sebuah bilik di Tiara Escapes, Janda Baik, Pahang.

Jika anda ke Tiara Escapes di Janda Baik, Pahang usah bimbang kerana lokasi itu menawarkan perkhidmatan WiFi percuma kepada pengunjungnya.

Aktiviti menarik ditawarkan

Kebanyakan tapak glamping di negara ini menawarkan aktiviti outdoor yang mencabar dan menyeronokkan. Antaranya aktiviti ATV, flying fox, meredah hutan dan banyak lagi, jadi sudah tentunya anda tidak akan berasa bosan.

Aktiviti flying fox yang ditawarkan di Tandom Hill Resorts.

Jenis glamping

Hari ini, glamping boleh dilakukan di rumah atas pokok. Bukan itu sahaja, aktiviti percutian ini juga boleh dinikmati di dalam kereta vintaj seperti karavan dan treler, pods serta khemah safari.

Johor menawarkan beberapa lokasi sesuai untuk konsep caravan park.

Harga

Konsep glamping semakin berkembang. Maka tidak hairannya ada pengendali yang menawarkan percutian bertemakan kapal angkasa, kapal terbang, bas dua tingkat dan banyak lagi

Percutian mewah di dalam bot hanya di Sailor Rest Resort, Bentong Pahang.

Susulan itu tidak mustahil harga lokasi percutian ini menelan belanja sekitar RM200 hingga RM5,000 semalam.

glamping, glamour, camping, VM2020

Artikel Lain