suria

Emirates tawar tambang promo bagi penerbangan sepanjang tahun 2020

Tempahan boleh dibuat bermula hari ini hingga 20 Januari 2020.

PELUANG keemasan kepada semua yang merancang untuk melancong apabila Emirates kini menawarkan tambang khas menerusi promosi tambang global 2020.

Dalam kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata tambang khas itu boleh ditempah mulai hari ini hingga 20 Januari bagi perjalanan antara 10 Januari hingga 12 Disember 2020.

"Untuk tempoh yang terhad, orang ramai boleh memanfaatkan tawaran hebat ini untuk ke destinasi utama dalam rangkaian global Emirates bagi kelas Ekonomi, kelas Perniagaan dan kelas Pertama,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak tahu hari apa sesuai untuk tempah pakej pelancongan dan tiket penerbangan? Jom baca artikel ini

Tambang Kelas Ekonomi, termasuk semua, dari Kuala Lumpur bermula dari RM2,369 manakala tambang Kelas Perniagaan bermula dari RM9,099 dan RM16,579 untuk Kelas Pertama.

Emirates kini terbang ke lebih 150 destinasi di 85 negara dan kawasan, dengan penerbangan tiga kali sehari antara Kuala Lumpur dan hab Dubai, menggunakan gabungan pesawat Airbus A380 dan Boeing B777. - Bernama

Emirates, Melancong, Tambang Murah, 2020

Artikel Lain