suria

Nak tahu hari apa sesuai untuk tempah pakej pelancongan dan tiket penerbangan? Jom baca artikel ini

Sekiranya anda bijak dan sabar, pastinya akan dapat harga tiket atau pakej percutian yang murah.

HANYA orang yang sabar sahaja sanggup mengadap telefon bimbit atau komputer riba mencari harga tiket-tiket murah untuk pergi melancong.

Tahukah anda tempoh paling sesuai untuk memberi tiket percutian dengan harga rendah adalah pada setiap Isnin.

Beberapa perunding yang pernah terlibat secara langsung dalam bidang pelancongan berkongsi rahsia penting untuk 'kaki melancong'.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 destinasi romantik untuk penggembara solo

Mereka memberitahu, untuk menempah pakej percutian yang paling sesuai adalah pada Isnin.

Pertengahan setiap minggu dikatakan hari terbaik untuk membeli tiket penerbangan.

"Menempah tiket atau pakej untuk pergi melancong adalah pada Isnin kerana ia dapat membantu mencari harga yang terbaik.

"Kadang-kala harga lebih rendah kerana kebiasaannya orang yang membuat tempahan pada hujung minggu tidak melengkapkan tempahan mereka," kata mereka.

Bagaimanapun Isnin adalah paling sesuai untuk menempah percutian secara pakej.

"Untuk menempah penerbangan sahaja, Selasa atau Rabu adalah paling murah kerana pertengahan minggu harganya amat berbeza dengan hujung minggu." - mirror.co.uk

Tip, Beli Tiket, Murah, Minggu

Artikel Lain