suria

Ibadah kini jadi lebih mudah, tenang... Pos Malaysia perkenal Perkhidmatan Bagasi Umrah

Pos Malaysia kini menyediakan Perkhidmatan Bagasi Umrah bagi memudahkan jemaah menghantar pulang bagasi dan barang yang dibeli di Makkah atau Madinah.

BERITA baik buat semua kepada rakyat Malaysia yang bakal mengerjakan umrah bermula 1 Januari 2020 (hari ini) apabila Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memperkenalkan Perkhidmatan Bagasi Umrah.

Perkhidmatan ini bukan sahaja memudahkan urusan penghantaran pulang bagasi dan barangan milik para jemaah ke tanah air tetapi juga dapat melancarkan ibadah tanpa perlu berfikir untuk membawa beban barang yang dibeli.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini dedah cara elak jadi mangsa ‘scam’ minta simpati sasar rakyat Malaysia di Tanah Suci

Ia sekali gus dapat mengelakkan jemaah daripada dikenakan caj lebihan bagasi yang mahal di lapangan terbang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najid berkata, matlamat pihaknya memperkenalkan perkhidmatan ini adalah bagi memudahkan urusan jemaah tanpa sebarang keraguan sepanjang berada di Tanah Suci.

Pos Malaysia mengenakan caj SR/RM20 bagi setiap kilogram untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan SR/RM25.00 bagi setiap kilogram ke Sabah dan Sarawak.

Selain beribadat jemaah turut mengambil peluang membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. 

Terdapat dua pilihan pembayaran disediakan pihak Pos Malaysia iaitu;

1. Secara tunai dalam mata wang Riyal Saudi bagi penghantaran dari Makkah dan Madinah.

2. Kaedah bayar waktu terima (COD) sebaik sahaja barangan diterima di Malaysia.

Tak usah bimbang tentang pembungkusan barangan dalam kotak, Pos Malaysia turut menyediakan perkhidmatan pembungkusan dengan harga berpatutan iaitu SR8.00 untuk kotak saiz kecil, SR10.00 (saiz sederhana) dan SR12.00 (saiz besar) tanpa sebarang yuran pengendalian tambahan.

Buat sementara waktu, Pos Malaysia akan menyediakan perkhidmatan pengambilan secara temu janji melalui panggilan sehingga kaunter tetap disiapkan.

Pasukan operasi Perkhidmatan Bagasi Umrah Pos Malaysia di Madinah boleh dihubungi melalui 0555 705765 / 0558 826255 / 0556 288220.

Semua barangan akan dihantar dalam masa 7-14 hari bekerja.

Bagi perlindungan bagasi, pelanggan boleh memilih untuk membeli perlindungan insurans yang menawarkan pampasan sehingga 30kg bagi setiap item (bersamaan dengan RM900 atau yang mana lebih rendah) sebagai gantian nilai bagasi, item atau bungkusan yang hilang, dicuri atau rosak.

Bagi mematuhi peraturan antarabangsa, pelanggan tidak dibenarkan untuk menghantar barangan berharga seperti wang tunai, barang kemas atau barang-barang yang dilarang oleh kerajaan Arab Saudi atau barangan terlarang yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pos Malaysia, sila hubungi Penjagaan Pelanggan kami melalui PosLine di 1-300-300-300 atau e-mel ke [email protected].

Pos Malaysia, Umrah, Makkah, Madinah

Artikel Lain