suria

Jejak Makanan Warisan KL, Pas MyCity untuk ‘kaki makan’ dan ‘kaki travel’ sempena VM2020

Jejak Makanan Warisan KL menawarkan lawatan bagi memberi peluang kepada pelancong menerokai Kuala Lumpur secara lebih dekat.

KEKAYAAN kebudayaan masyarakat berbilang kaum dan kepelbagaian makanan di Malaysia sudah menjadi trademark dalam kalangan pelancong.

Jadi tidak hairan negara ini menjadi destinasi pilihan pelancong terutama dari luar negara untuk merasai pelbagai pengalaman serta makanan menarik yang ada di sini.

Sehubungan itu, Tourism Malaysia dengan kerjasama Prasarana Malaysia Bhd dan MRT Corporation melancarkan Jejak Makanan Warisan KL dan Pas MyCity sebagai salah satu inisiatif dalam menarik lebih banyak pelancong ke negara ini bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

ARTIKEL BERKAITAN: Kajang bukan sekadar ada sate sedap, tapi punyai sejarah menarik untuk dijelajah

Jejak Makanan Warisan KL menawarkan lawatan bagi memberi peluang kepada pelancong menerokai Kuala Lumpur secara dekat dengan bantuan pemandu pelancong.

Pas MyCity membolehkan pelancong menggunakan rangkaian bersepadu keretapi dan Bas Rapid Transit (BRT) untuk ke lokasi Jejak Makanan Warisan KL.

Ini termasuk membawa mereka ke kawasan warisan dan mercu tanda Kuala Lumpur seperti Pasar Seni, Kuil Sri Kandasawmy dan Rumah Limas.

Pelancong atau masyarakat tempatan yang ingin merasai pengalaman itu juga boleh mendapatkan Pas MyCity bagi perjalanan tanpa had menggunakan rangkaian bersepadu keretapi dan Bas Rapid Transit (BRT).

Bermula 25 Disember lalu sehingga 31 Disember 2020, Prasarana menawarkan pas berharga RM10 sehari untuk perjalanan tanpa had dan RM25 untuk tempoh tiga hari.

Pembeli pertama kali perlu membayar tambahan RM5 untuk kos kad dan dengan nilai minimum tersedia RM5.

Kampung Baru syurga makanan. 

Menerusi Pas MyCity ini, pelancong dapat akses ke kawasan sekitar Lembah Klang dan Selangor memandangkan ia boleh digunakan untuk perkhidmatan keretapi utama.

Jika menggunakan MRT dan LRT, pelancong boleh ke kawasan Jejak Makanan Warisan KL iaitu Kampung Baru, Petaling Street dan Brickfields yang mempunyai warisan dan budaya makanan terbaik di Malaysia.

Tourism menganggarkan seramai 30 juta pelancong hadir ke negara ini tahun hadapan dengan perbelanjaan pelancong sebanyak RM100 bilion untuk VM2020.

Artikel Lain