suria

Seronoknya main 'salji' di Spritzer EcoPark Taiping!

Rasai pengalaman bermain salji di Spritzer EcoPark, Taiping.

RAMAI orang mengambil kesempatan bercuti pada hujung tahun ini dan terbang melancong ke negara-negara musim sejuk serta bersalji.

Bermain di dalam ‘salji’ secara percuma, antara aktiviti mengujakan buat pengunjung di Spritzer EcoPark Taiping, dekat sini sempena program 'Spritzer Christmas Fiesta 2019’.

ARTIKEL BERKAITAN: Roti bakar enak, kaya sejarah... ruginya kalau ke Johor tapi tak singgah Kluang Rail Coffee

Spritzer dalam satu kenyataan memaklumkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga akan mengisi program itu yang bermula jam 5 petang sehingga 9.30 malam.

'Salji' yang turun di Spritzer EcoPark.

“Seperti tahun lepas, para pengunjung Spritzer EcoPark akan dapat menikmati suasana bermain di dalam ‘salji’ sekali lagi di mana waktu bermain adalah pada pukul 6.30 petang, 8 malam dan 9 malam secara percuma.

“Selain daripada itu kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk membuat kraftangan menggunakan bahan kitar semula, sesi bercerita diikuti sesi menghiasi ‘gingerbread cookies’.

"Para peminat fotografi juga berpeluang merakamkan gambar ​​​​​​di banyak lokasi menarik di sekitar Spritzer EcoPark selain menikmati keindahan alam flora dan fauna," katanya.

Pelbagai aktiviti menarik di Spritzer EcoPark.

Sepanjang program, pengunjung dan keluarga boleh menaiki kereta klasik dihiasi lampu LED dengan kadar RM20 bagi 10 minit.

“Fiesta ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Spritzer, dengan menyediakan pelbagai aktiviti sihat bagi seluruh komuniti di Taiping,” jelas kenyataan tersebut. - BERNAMA

Salji, Spritzer EcoPark, Taiping, Perak

Artikel Lain